Futsal for Hafyfy . (lagi?)

selasa 11 May 2010 telah berlangsung futsal di sport planet subang sempena meraikan hafifi yg baru pulang dari indonesia.walaupun meraikan kepulangan beliau tetapi beliau tidak mahu payung duit padang.

antara pasukan-pasukan bintang saseroba yang hadir :-

team last mistake
1. sam
2. fifi
3. ali gemuk
4. naim nahar (pepe reina)
5. member fauzan (c)

team be strong
1. ariel (c)
2. fauzan
3. famie jambol
4. asai gonjeng
5.kobou (dihalau dari pasukan bali panas)

team bali panas
1. bobby ( barbatoff)
2. umar
3. iki
4. epul (c)
5. kobau

di antara pasukan- pasukan tersebut team bali panas telah menunjukkan permainan yang paling memberangsakan dan taktikal yang menarik.bermain secara fancy dan passing secara one tap disudahi dengan beberapa turning dan half volley yang tersasar dari striker utama mereka iaitu iki alias.selain itu flumboyant striker bali panas yang kedua iaitu booby telah menunjukkan bahawa beliau sememangnya tidak layak untuk menyarung jersi manchester united semalam apabila menampilkan aksi individu yang lembab dan tiada semangat berpasukan serta percubaan-percubaan yang tidak menepati sasaran.aksi ketua pasukan bali panas epul dilihat bersahaja kerana mungkin beliau telah menahan cirit birit akibat terlampau banyak meminum bali panas.aksi sambil lewa penjaga gawang pula dilihat sangat memalukan kerana melepaskan beberapa percubaan mudah pihak lawan menyebabkan beliau dihalau untuk bermain dengan pasukan be strong.tahniah juga diucapkan kepada umar kerana penjadi penjaring terbanyak pasukan tersebut kerana kesilapan pasukan lawan yang menganggap bahawa beliau yang kaki bangku dan tidak pandai bermain bola.

0 comments:

Post a Comment